Sesetengah “keunikan yang tidak diketahui”

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Saya bukanlah peminat bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld, pelakar pelan di sebalik serangan AS di Iraq. Namun, ada satu kata-kata mendalam beliau yang telah menjadi sebahagian daripada buah mulut rakyat Amerika. Dalam satu taklimat berita Jabatan Pertahanan Amerima Syarikat pada 12 Februari 2002, Rumsfeld telah ditanya tentang kekurangan bukti yang mengaitkan kerajaan Iraq dengan bekalan senjata pemusnah besar-besaran kepada pasukan pengganas. Beliau membalas:

Laporan yang mengatakan sesuatu yang tidak berlaku sentiasa menarik perhatian saya, kerana seperti yang kita ketahui, ada perkara lazim yang diketahui; iaitu ada perkara yang kita sedia maklum. Kita juga tahu terdapat keunikan yang diketahui; iaitu kita tahu bawa ada sesetengah perkara yang kita tidak ketahui. Namun, ada juga keunikan yang tidak diketahui—perkara yang kita tidak tahu pun bahawa kita tidak ketahui. Dan jika seseorang meneliti sejarah negara kita dan negara bebas yang lain, kategori kedua itulah yang biasanya lebih sukar.

Begitulah juga dengan pasaran kewangan. Biasanya, keunikan yang tidak diketahui – perkara yang kita tidak tahu-menahu – adalah penting untuk pasaran. Pada permulaan tahun 2020, siapa lagi yang menambah pandemik global dalam senarai perkara untuk dibimbangi sepanjang tahun itu?

Untuk 2022, sesetengah “keunikan yang diketahui” kita adalah perkembangan virus itu dan prestasi pemulihan dasar kewangan. Pasaran hartanah di China serta ekonomi negara tersebut, terutama sekali pengaruhnya terhadap permintaan komoditi sedunia. OPEC dan pasaran minyak – dapatkan mereka memenuhi permintaan yang kian memuncak? Ini adalah antara perkara yang telah saya sentuh dalam unjuran 2022 saya.

Hari ini, saya ingin membincangkan tentang sesetengah “keunikan yang tidak diketahui” – sesetengah perkara yang mungkin berlaku yang tidak kita fikirkan.

1) Kegagalan Korea Utara

Saya mengikuti saluran Patreon, Voice of North Korea, oleh Yeonmi Park, seorang pelarian Korea Utara. Dia juga mempunyai saluran YouTube percuma yang amat bermaklumat. Salah satu daripada video terkininya, Imminent Threats Indicating the Collapse of the North Korean Regime. Dia berkata terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan Korea Utara mungkin runtuh, berikutan tekanan yang dihadapi ketika pandemik. Korea Utara tidak mempunyai sebarang vaksin atau kelengkapan untuk berhadapan dengan krisis itu dan keseluruhan penduduknya sering kebuluran dan lemah dari segi imunisasi, termasuklah sebahagian besar pasukan ketenteraannya yang merangkumi hampir 1 juta orang (3.7% daripada penduduknya). Setelah pihak tentera dijangkiti, kemungkinan besar virus ini akan tersebar tanpa diketahui dan menyebabkan keruntuhan institusi ketenteraan, yang akan meninggalkan rejim itu tanpa pertahanan. Park turut mendakawa bahawa Kim Jong-Un sebenarnya telah pun meninggal dunia. Dia seorang yang optimistik, jadi saya tidak percaya bulat-bulat setiap dakwaannya, namun hujahnya tentang pandemik agak meyakinkan. Dia turut mendakwa bahawa China akan mengambil alih kerajaan Korea Utara sekiranya berlaku keruntuhan, yang besar kemungkinan akan mencetuskan krisis antarabangsa yang besar. Ini adalah situasi kelembuan yang ekstrem bagi CHF, kerana JPY mungkin tidak lagi bertindak sebagai mata wang simpanan selamat dalam keadaan kacau bilah di negara jirannya itu.

2) Presiden Biden meninggal dunia

Presiden Joe Biden merupakan individu tertua untuk mengepalai kerajaan Rumah Putih. Beliau boleh meninggal dunia pada bila-bila masa. Apakah yang bakal berlaku kepada Amerika Syarikat? Naib Presiden Kamala Harris akan menjadi Presiden. Beliau tidak mempunyai pangkalan yang kukuh dalam Parti Demokratik, apatah lagi Amerika Syarikat secara keseluruhannya. Keadaan ini akan melonjakkan kerajaan AS ke dalam keadaan huru-hara menjelang pilihan raya pertengahan penggal 2022, yang mungkin menyaksikan kerusi Kongres dipenuhi oleh parti Republikan. Hal ini akan menjadi perangkap terbesar buat AS.

3) Trump ditahan… atau meninggal dunia

Mengapakah hal ini suatu risiko pasaran? Kerana saya rasa a) ia masih satu kemungkinan yang beliau akan ditahan tidak lama lagi dan b) saya rasa situasi itu akan mencetuskan perang dingin di AS. Sementara ramai orang beranggapan bahawa “sudah tiba masanya”, jangan lupa bahawa kira-kira 74 juta orang telah mengundi beliau, menjadikan ia undi kedua terbanyak yang pernah diterima mana-mana calon Presiden. Saya tidak akan terkejut jika penahanan Trump akan mencetuskan reaksi keganasan antara warga Amerika dengan kerajaan – lihat sahaja apa yang telah berlaku di the Capitol pada 6 Januari — malah ia dapat mencetuskan perang dingin di Amerika Syarikat. Mengenai ramalan pemergiannya… beliau kini berusia 75 tahun, bermasalah obesiti, menyalahgunakan dadah, dan dia pernah menghidapi COVID-19. Dia boleh meninggal dunia pada bila-bila masa. Apakah yang bakal berlaku kepada Parti Republikan?

Mengenai perkara itu, saya rasakan bahawa pilihan raya pertengahan penggal AS pada bulan November adalah satu daripada “keunikan yang diketahui”. Ia boleh menyebabkan pihak Demokrat untuk kehilangan kawalan di Kongres, seterusnya menyaksikan sebuah kerajaan yang berbelah bahagi dan sukar untuk mengambil tindakan yang kukuh. Atau lebih teruk – pihak Demokrat mungkin menang pilihan raya, namun dihalang daripada mengetuai kerajaan, terima kasih kepada penipuan di pihak Republikan, yang mungkin menjadi pihak yang mengira undi. Situasi ini dapat mencetuskan sebuah krisis perlembagaan yang huru-hara di AS. Sudah tentu ada juga kemungkinan untuk parti Demokrat meluaskan pengaruhnya dengan peningkatan majoriti yang akhirnya dapat membuat keputusan yang lebih kukuh dan meluluskan semua rang undang-undang lebih maju yang dapat memacu kemajuan AS di abad ke-21 ini, namun itu ibarat angan-angan yang terlalu sukar dicapai.

4) Pemberontakan terhadap sekatan COVID-19

Situasi pandemik yang semakin melarat ini bukanlah sesuatu “keunikan yang tidak diketahui”. Malah, ia mungkin #1 dalam senarai risiko setiap orang pada tahun 2022. Tetapi jika dunia kembali ke dalam perintah berkurung… sudah terlalu ramai orang di mana-mana sahaja sekarang yang sudah serik dan penat dengan perintah kawalan sebegini. Risiko tidak diketahui ini bukanlah suatu kerosakan terhadap ekonomi akibat perintah berkurung sehebat kebimbangan awam yang disebabkan oleh perintah berkurung ini. “Keunikan yang tidak diketahui” ini bukanlah virus, ia adalah respons awam dan politik terhadap virus tersebut. Apakah kesan daripada pilihan raya Perancis pada bulan April, pilihan raya Ireland Utara dan pilihan raya persekutuan Australia pada bulan Mei?

Walau bagaimanapun, kita juga patut berasa bangga dan melihat perkara di sebaliknya – COVID-19 kian pudar dan senyap menjadi suatu penyakit yang tidak memudaratkan. Kita tidak bimbang lagi tentang Selesema Sepanyol atau plag hitam walaupun suatu ketika dahulu penyakit itu telah meragut jutaan nyawa. Nampaknya penyakit ini boleh pudar dan hilang atas sebab-sebab semula jadi. Harapnya varian Omicron atau salah satu daripada varian seterusnya semakin kurang membahayakan walaupun mudah tersebar – ia boleh menjadi sekadar penyakit biasa yang boleh diatasi manusia.

5) Inflasi di Jepun

Jepun sudah lama tidak menyaksikan inflasi yang begitu ketara sejak kira-kira 25 tahun lalu. Satu-satunya masa indeks harga pengguna meningkat melebihi 2% setahun apabila kerajaan meningkatkan cukai penggunaan, yang melonjakkan harga runcit dengan ketara. Namun, dengan harga bahan mentah yang meningkat kira-kira 75% tahun demi tahun dan harga pengeluar meningkat 9%, adakah perkara itu akan berubah? Dan bagaimana pula reaksi Bank of Japan? Lebih penting lagi, apakah yang bakal berlaku terhadap kewangan kerajaan Jepun jika kerajaan itu perlu membayar faedah yang tinggi ke atas hutangnya? Saban tahun, Jepun sering dihuraikan sebagai “ikan yang berenang melawan arus” berikutan situasi kewangannya yang tidak mampan, namun berjaya menguruskannya kerana mereka berupaya untuk meraih wang dengan begitu mudah. Dengan inflasi, hasil cukai kerajaan mungkin meningkat namun ia turut mempengaruhi kos faedah mereka.

Peningkatan inflasi di Jepun turut memaksa pelabur dagangan ‘carry trade’ untuk melabur di tempat lain demi mencari mata wang faedah rendah. Ini turut menggambarkan mata wang EUR atau CHF yang lebih lemah.

Untuk pengetahuan, Indeks Harga Pengguna (CPI) kebangsaan Jepun akan diumumkan pada Jumaat ini. Ia dijangkakan untuk meningkat 0.5% tahun demi tahun, sama seperti CPI Tokyo untuk bulan ini, jadi saya tidak rasa yang ia akan menyebabkan sebarang gangguan besar terhadap “the Force”.

6) Deflasi melanda

Mungkin saya terlalu percayakan Pengerusi Jerome Powell, namun saya masih rasakan yang kebanyakan daripada punca kadar inflasi yang berlaku sekarang adalah bersifat sementara. Misalnya, apabila terdapat perubahan dalam corak permintaan, corak penawaran akan berhadapan kesukaran untuk menuruti. Apakah yang akan berlaku apabila ia terjadi? Apakah yang akan berlaku setelah permintaan dipenuhi atau setelah kapasiti berkembang untuk memenuhi situasi yang berlaku disebabkan oleh peningkatan sementara dalam permintaan? Terdapat kemungkinan apabila inflasi berlaku dengan serta-merta, ia juga dapat ditamatkan dengan serta-merta apabila penawaran yang memuncak bertembung dengan permintaan yang merudum. Jadi kita mungkin melihat kadar faedah sebenar yang jauh lebih tinggi daripada nilainya sekarang.

8 peralihan mendadak di Ireland Utara

Ramai yang memerhati kemungkinan untuk Scotland mengundi kemerdekaan, namun besar juga kemungkinan untuk Ireland Utara keluar terlebih dahulu. Hubungan ekonomi antara Ireland Utara dan Republik Ireland adalah lebih mustahak berbanding hubungannya dengan Scotland dan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain, walaupun kita tahu bahawa ekonomi bukanlah daya utama yang mencetuskan permasalahan ini – jika sebaliknya, tidaklah berlaku Brexit. Kerajaan UK pula kelihatan gagal untuk menguruskan Brexit, yang tidak mengejutkan pun memandangkan ia mustahil untuk meninggalkan Ireland Utara kekal dalam UK dan Kesatuan Eropah pada masa yang sama – hanya zarah kuantum sahaja boleh berada dalam dua keadaan secara serentak. Pilihan raya Perhimpunan Ireland Utara pada bulan Mei mungkin mencetuskan acara yang berisiko terhadap pasaran – walaupun masih awal untuk melihat undian yang menempatkan Sinn Fein, parti yang memperjuangkan penyatuan dengan Republik Ireland, untuk meneraju negara itu.

Begitu juga, saya akan menyertakan kemungkinan untuk PM ‘Boorish’ Johnson untuk diundi keluar daripada kerajaan pada tahun ini, kecuali saya tidak rasa yang ia adalah suatu “keunikan yang tidak diketahui”, malah sebaliknya, saya akan memberinya peluang yang lebih daripada sekadar 50-50.

Dalam undian yang dilakukan pada bulan April, didapati 11% daripada responden berkata negara itu akan bertukar pentadbirannya dalam masa setahun. 35% berkata ia tidak akan sama lagi dalam masa lima tahun.

Penduduk di Ireland Utara, bukan Scotland, merupakan kalangan yang mempunyai kesangsian terhadap kekuatan Kesatuan itu.

7) Kegagalan Kripto

Saya rasa satu atau lebih daripada negara-negara utama dunia akan mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan mata wang digital bank pusat (CBDC). Seperti yang saya katakan sebelum ini, perkara ini akan menjumutkan raison d’etre bagi mata wang kripto atau ‘stablecoin’ dari segi mata wang (walaupun bukan dari segi “penyimpanan nilai”). Namun jika mata wang kripto tidak lagi mempunyai kekuatan tersendiri seperti kaedah pembayaran, mengapakah ia perlu menjadi penyimpan nilai arus perdana? Justeru, saya rasa penerimaan besar-besaran CBDC boleh mengakhiri letusan kripto ini.

Sudah tentu, saya telah lama bersikap pesimistik terhadap mata wang kripto, mungkin kerana saya telah hidup menerusi terlalu banyak peristiwa letusan mata wang yang akhirnya merudum (saya ingat lagi nilai perak yang mencecah hampir $50/auns dan saya ingat juga apabila Pets.com pernah menjadi kegilaan pasaran). Mungkin risiko sebenar di sini adalah perkara sebaliknya: “letusan” mata wang kripto yang menarik semua manfaat daripada pasaran lain dan menjadikan saya kelihatan bodoh (tolong jangan sunting kata-kata ini).

8) Kegemilangan dalam bidang perubatan

Saya tidak tahu jika hal ini bakal membawa impak besar terhadap pasaran sehebat impak sosialnya, namun… bayangkan betapa pantasnya industri farmaseutikal membangunkan vaksin untuk virus COVID-19. Saya juga tidak pasti juga semua orang sedar betapa hebatnya kejayaan itu. Mungkin hal ini menggambarkan kejayaan teknologi baharu dalam industri farmaseutikal yang dapat memacu penciptaan ubatan dan rawatan baharu bagi melanjutkan kesihatan dan kehidupan manusia. Jika semua orang secara tiba-tiba dapat hidup selama 25 tahun lebih tua, ia dapat mengganggu industri perubatan dan farmaseutikal, apatah lagi industri insurans hayat dan pencen.

Saya masih menunggu untuk kemunculan keajaiban teknologi baharu, seperti cip tiga dimensi yang dapat mempercepatkan perkomputeran dengan lebih hebat sambil menyelesaikan masalah pemanasan global, dan sebagainya. Saya mesti katakan yang tidak ramai orang sedar tentang keajaiban ciptaan pemacu USB 2TB.

9) Perkara lain

Ini adalah “keunikan yang tidak diketahui” sebenar – sesuatu yang saya tidak tahu sehingga hari ini, malah tidak pernah terbayang pun tentangnya. Saya yakin yang perkara ini akan berlaku dan ia akan menjadi hebat. Teruskan membaca!

Minggu depan: minggu yang senyap

Minggu sebelum ini agak sibuk dengan pelbagai peristiwa dan data: lima mesyuarat bank pusat utama, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) awalan, jualan runcit AS, Indeks Harga Pengguna (CPI) dan data pasaran buruh, dan sebainya. Minggu berikutnya: tidak begitu sibuk. Malah, hampir tiada apa yang berlaku.

Khamis mungkin satu-satunya hari yang menarik pada minggu itu. Pendapatan & perbelanjaan peribadi AS akan diumumkan, bersama-sama pendeflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), pengukur inflasi pilihan Fed.

Pencetus deflasi PCE utama ini diramalkan bakal melonjak kepada 5.7% tahun demi tahun, dengan nilai tertinggi sejak Julai 1982, manakala ukuran asal, pengukur inflasi kegemaran Fed, dijangka bakal meningkat kepada 4.5% tahun demi tahun, nilai tertinggi sejak Mac 1989. Kedua-duanya bakal berada jauh melepasi sasaran 2% oleh Fed, mengesahkan pendapat bahawa inflasi tidak lagi terkawal.

Namun dengan Fed sendiri kian hilang kawalan dan mengeluarkan unjuran terhadap dana bank tersebut yang lebih agresif berbanding pasaran, adakah ada perkara lain yang dapat menggerakkan pasaran buat masa ini? Saya tidak pasti jika kadar inflasi yang lebih tinggi cukup untuk mengubah fikiran ramai. Ketika ini, mungkin sukar untuk pasaran mengurangkan kawalannya lebih rendah daripada yang disasarkan oleh Fed.

Sementara itu, pendapatan dan perbelanjaan peribadi dijangkakan untuk meningkat berbanding bulan sebelumnya, masing-masing +0.5% dan +0.6% bulan demi bulan. Hal ini akan menempatkan pendapatan 10.3% lebih tinggi berbanding paras sebelum pandemik mereka, manakala perbelanjaan 10.9%. Dalam ekonomi yang diterajui oleh penggunaan seperti di AS, peningkatan stabil sebegini mencadangkan sebuah ekonomi dasar yang kukuh.

Pendapatan yang lebih tinggi mencerminkan dua perkara: pertama sekali, kadar pekerjaan yang tinggi. Kedua, gaji meningkat, terutamanya dalam kalangan individu bergaji rendah. Tidak syak lagi bahawa keputusan daripada persaingan sengit yang dilihat di AS (dan di tempat lain) baru-baru ini dalam kalangan mereka daripada golongan bawahan, dengan kebanyakan mereka diminta untuk melakukan tugas berbahaya yang melibatkan pertemuan bersemuka dengan orang awam (yang tidak memakai pelitup muka, tidak divaksin dan biadap) tanpa sebarang perlindungan.

Banyak perhatian bertumpu pada kadar pemberhentian, iaitu peratusan orang yang berhenti bekerja secara sukarela setiap bulan. Ia mencatatkan rekod tinggi sejak kebelakangan ini. Ia dikira sebagai langkah yakin orang ramai dalam keupayaan mereka untuk mendapat pekerjaan baharu. Pasangan bagi situasi itu adalah kadar pekerjaan – yang turut menyaksikan rekod sejak kebelakangan ini (kecuali peningkatan mendadak sejurus selepas perintah berkurung diangkat). Mereka yang berhenti bekerja biasanya beralih kepada pekerjaan lain dengan gaji yang lebih baik. Inilah cara yang berkesan untuk menjelaskan bagaimana pendapatan dan perbelanjaan boleh meningkat dengan begitu mendadak di AS – orang ramai menaik taraf pekerjaan mereka.

Barangan tahan lasak di AS juga bakal diumumkan pada hari Khamis. Pasaran dijangka akan meningkat drastik 2.0% bulan demi bulan selepas tiga penurunan berturut-turut. Keadaan ini akan membawa peningkatan 15.5% di atas paras sebelum pandemik. Apa yang kita lihat berlaku di seluruh dunia kini adalah deruan pelaburan bagi mengatasi cerutan dan kekurangan yang sedang berlaku. Seperti yang disebut di atas, hal ini boleh menjadi pencetus deflasi – atau sekurang-kurangnya nyahinflasi – pada suatu ketika nanti.

Kanada juga bakal mengumumkan angka GDP bulanannya pada hari Khamis. Tiada ramalan setakat ini.

AS akan memulakan cuti perayaan Krismas pada hari Jumaat. Oleh itu, laporan Komitmen Pedagang akan diumumkan pada hari Khamis. Dan jika mereka boleh merumuskannya pada hari Khamis, mengapa tidak mereka lakukannya pada hari yang sama setiap minggu?

Share.
Amaran Risiko: Berdagang dalam Forex/CFD dan Derivatif Lain adalah sangat spekulatif dan mengandungi tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum